'Sotong Buncit \"Jahat\" sudah ada untuk waktu malam atas permintaan orang ramai! Lagi-lagi ada menu baru \"Seafood Sambal Leleh\" yang dihidangkan ala seafood tabur bersama nasi dan kuah kari. Kalau korang ada singgah ke Kedah dan mengidamkan seafood yang mantap terutamanya sotong besar, Restoran Top D\'Gurun tentu menjadi pilihan. Menu terbaru mereka iaitu Seafood Sambal Leleh dimasak dengan ketam, udang, lala, sotong, kupang dalam sambal berapi leleh istimewa resepi bonda. Sambal tu pedas manis rasanya - memang terangkat habis dan pasti minta nasi tambah! Nak puas hati lagi? Tambah je seekor sotong buncit jahat atau siakap goreng tepung rangup untuk pengalaman seafood yg luar biasa.
Tags: Dinner , Malaysia , Eat , street food , fish , RESTAURANT , rice , halal , spicy , seafood , sambal , malay cuisine , sotong , bawal , Sungai Petani , Kedah , Shellout , shell out , top d gurun
See also:
comments